

Koleksi sedondon menawarkan pelbagai design yang sesuai untuk seisi keluarga,membolehkan anda bergaya dengan corak yang sepadan serta meraikan detik detik istimewa bersama.
Dihasilkan daripada kain Casarubiah yang lembut dan selesa, koleksi ini menonjolkan dua potongan memikat hati: kebarung Pahang yang anggun dan top moden yang bergaya. Setiap helaian membawa pesona tradisi, diterjemah semula untuk keselesaan dan gaya harian moden.
Sulaman baharu yang halus menari di atas Rose Cotton lembut, dipadankan dengan potongan kebarung longgar dan butang hiasan yang anggun. Kain overlap yang kemas mengekalkan pesona tradisi, diterjemah semula untuk keanggunan harian moden.
Dihasilkan daripada Casarubiah lace yang lembut dan selesa, koleksi ini menampilkan tiga gaya unik untuk setiap pilihan wanita. Adinda Ayu dengan lapisan moden yang anggun, Ning Ayu berleher reben dengan lengan puff menawan dan Mariani bergaya kurung Riau dengan sulaman eksklusif. Setiap helaian memancarkan kehalusan tradisi yang diterjemah ke dalam sentuhan moden penuh keanggunan.
Koleksi ini diperbuat daripada linen berkualiti tinggi, menampilkan potongan moden yang elegan dan selesa. Laila Kurung menonjol dengan sulaman eksklusif dan kain kipas belakang yang anggun, manakala Bayu Printed memperlihatkan kurung moden dengan lipatan lembut dan perincian renda yang menawan.
Alhamdulillah baju sangat selesa, tak panas.... terima kasih kerana bagi servis yang terbaik...
Baju cantik sangatt. Ambil 1 size besar sikit nk loose, Berat 78 kg mmg ssuai size ni. Follow je chart size die. Cntik. Thanks seller fast postage!
Lurveee the design. Cuma sebab saya amik size paling besar. Patut amik L je hahaha takpe boleh alter, AA punya design memang cantik semuanya
|
ASIKINAHMAD.COM is an establish brand that started from a humble root of loving a touch classic to our daily life. |